Wednesday, June 10, 2015

Masjid Tradisional-Vernakular di Indonesia

Nangkula Utaberta[1]


Pembahasan tentang masjid tradisional di Indonesia sudah banyak sekali dilakukan. Baik oleh para ahli sejarah arsitektur maupun ahli sejarah di bidang lain baik di dalam maupun di luar negeri. Pembahasan pada bagaian ini akan berusaha menjelaskan berbagai teori dan pemikiran berkenaan tentang perkembangan arsitektur tradisional di Indonesia.

Senibina Masjid tradisional di Nusantara (Indonesia dan Malaysia) bila dibandingkan dengan senibina masjid yang dihasilkan oleh peradaban Islam di belahan bumi yang lain, sangatlah sederhana. Hal inilah yang seringkali menyebabkannya dilupakan oleh para ahli sejarah[2] ketika berbicara tentang Senibina Masjid sebagai salah satu peninggalan penting peradaban Islam.

Hal ini tentu merupakan suatu hal yang sangat menghairankan, kerana jika diamati peninggalan sebelum Islam seperti Candi Borobudur atau Candi Prambanan kita akan mendapati sebuah hasil senibina yang begitu halus dan memiliki nilai seni yang tinggi. Fenomena ini tentu bertentangan dengan andaian bahawa senibina masjid suatu wilayah atau kawasan selalunya dipengaruhi oleh keadaan atau gaya senibina yang berkembang di kawasan tersebut. Bagaimana mungkin suatu kebudayaan yang begitu tinggi di masa sebelum Islam tiba-tiba kehilangan kemampuannya untuk menghasilkan karya senibina yang tinggi juga.



Gambar 1: Candi Borobudur dan Candi Prambanan, beberapa diantara peninggalan monumental dari peradaban sebelum Islam.

Sumber: Kajian Lapangan 

Wiyoso Yudoseputro (1986) mengemukakan ssebuah teori bahawa ghairah mencipta karya seni tidak mungkin lahir begitu saja. Ia haruslah lahir dari sebuah rangsangan atau motif tertentu. Ia melihat keadaan Nusantara yang penuh dengan perang dan perebutan kekuasaan telah menghilangkan keghairahan untuk mencipta. Inilah yang menurut beliau menyebabkan senibina ketika itu kembali ke zaman tradisi bangunan kayu.[1]

Hal ini menurut Sutjipto Wirjosuparto (1961) merupakan sebuah kemunduran dalam teknologi pembinaan bangunan kerana peradaban Hindu dan Budha telah memperkenalkan penggunaan batu sebagai bahan pembinaan sebuah bangunan. Hanya zaman pra-sejarah saja yang menggunakan kayu sebagai bahan bangunan.[2]

Sementara mengenai bentuk senibina Masjid di Indonesia, W.F. Stutterheim[3] (1953) berpendapat bahawa ruang-ruang yang kecil dan sempit di dalam candi tidak dapat dijadikan sebagai model dari perancangan sebuah masjid kerana masjid memerlukan sebuah ruang yang luas dan besar untuk keperluan solat berjamaah. Oleh kerana itu menurut beliau bangunan gelanggang menyabung ayam (wantilan) merupakan model yang lebih sesuai. Bangunan ini adalah bangunan pada masa pra-Islam yang masih digunakan hingga kini di Bali, pelannya berbentuk persegi empat, mempunyai atap dan sisi-sisinya tidak berdinding. Yang dimungkinkan menurut beliau, jika sisi-sisi tersebut ditutup dan pada sisi bahagian Barat diberi mihrab, maka jadilah ia memenuhi syarat sebagai sebuah masjid.

Pendapat ini ditentang oleh H.J.de Graaf[4] (1947), menurut beliau tidak mungkin orang-orang Islam di Indonesia memilih bangunan tempat menyabung ayam dan berjudi sebagai model masjid. Kedua aktiviti tadi jelas-jelas diharamkan dalam Islam, jadi bagaimana sesuatu yang diharamkan kemudian menjadi model bagi bangunan ibadah yang suci dan agung seperti masjid. Selain itu wantilan atapnya hanya satu tingkat saja, tidak bertingkat-tingkat seperti atap masjid tradisional Indonesia. Wantilan pun tidak memiliki serambi, berbeza dengan masjid tradisional yang sebahagian besarnya memiliki serambi di bahagian belakang atau tepi bangunannya. De Graaf, kemudian mengemukakan pendapat bahawa model masjid-masjid kuno di Indonesia mengambil model dari Gujarat, Kashmir dan Malabar (India). Bukti yang memperkuat pendapatnya berasal dari hasil kajian yang dilakukan oleh Jan Huygens van Linschoten (seorang Belanda yang mengunjungi India pada abad ke-16). Dalam kajiannya Jan Huygens menyatakan bahawa masjid di Malabar juga memiliki pelan segiempat serta atap bertingkat. Salah satu tingkat tersebut digunakan untuk belajar agama. Hal yang sama ditemukan oleh de Graaf pada Masjid Taluk di Sumatera Barat. Berdasarkan perbandingan inilah ia kemudian menyimpulkan bahawa seluruh Masjid tradisional di Indonesia mengambil model dari Gujarat, Kashmir atau India.

Teori Graaf ini kemudian disanggah oleh Sutjipto Wirjosuparto dengan menyatakan bahawa ada perbezaan yang sangat prinsipal dari perbandingan yang dilakukan oleh De Graaf. Yang pertama pelan Masjid di Malabar berbentuk empat persegi panjang sedangkan pelan Masjid taluk berbentuk bujur sangkar. Perbezaan yang lain adalah kenyataan bahawa masjid di Malabar tidak memiliki tempat wudhu yang berbentuk parit sementara tempat wudhu seperti ini ditemui pada Masjid Taluk. Jadi walaupun sama-sama memiliki atap yang bertingkat, namun kedua-dua masjid ini tidak dapat disamakan sebagai satu jenis Masjid.

Pada pendapat selanjutnya Sutjipto (1962)[5] kemudian mengemukakan gagasan bahawa model Masjid kuno di Indonesia merasal dari bangunan tradisional Jawa yang disebut sebagai Pendopo (pendapa). Istilah pendopo berasal dari kata mendapa yang dalam Bahasa Sansekerta mengacu pada suatu bahagian dari kuil Hindu di India yang berbentuk persegi dan dibangun secara terus di atas tanah. Pada bangunan tradisional Jawa, senibina mendapa ini kemudian diubah suai menjadi sebuah ruang terbuka dan besar yang sering digunakan untuk menerima tamu yang kemudian dinamakan pendopo. Pelan pendopo yang berbentuk bujur sangkar inilah yang menurut Sutjipto menjadi model dari Masjid-Masjid tua di Indonesia.

Sementara mengenai atapnya yang bertingkat-tingkat, menurut beliau diambil dari bangunan Jawa yang lain iaitu rumah Joglo. Tipe atap rumah Joglo ini yang menjadi model dari atap Masjid tradisional tersebut. Ketika diaplikasikan pada masjid ukuran dan banyak tingkatnya kemudian disesuaikan demi alasan estetika untuk mengimbangi ruangnya yang besar. Mengenai persamaan yang terdapat pada Masjid di malabar dan masjid taluk, Sutjipto kemudian menyatakan bahawa memang telah terjadi “pertumbuhan yang sejajar” antara India dan Indonesia. Disamping itu kedua-dua masyarakat daerah India dan Indonesia telah melakukan sebuah penyesuaian terhadap senibina mendapa ke dalam perancangan rumah mereka.

Identifikasi yang cukup mendalam yang lain dilakukan oleh G.F. Pijper (1992)[6], beliau menyebutkan bahawa sekurang-kurangnya ada 12 karakter spesifik dari masjid tradisional Indonesia (yang berasal dari Pulau Jawa) iaitu:

1.                  Asas papak bangunan berbentuk persegi dan pejal yang agak tinggi.
2.                  Masjid tidak berdiri di atas tiang, seperti sebahagian besar rumah tradisional Indonesia, tetapi di atas tanah yang padat.
3.                  Masjid umumnya memiliki atap yang meruncing ke atas, terdiri dari dua atau lima tingkat yang semakin ke atas semakin kecil.
4.                  Masjid memiliki ruang tambahan di sebelah Barat atau Barat laut (Mihrab)
5.                  Masjid umumnya memiliki serambi di depan dan di kedua sisinya.
6.                  Halaman di sekeliling Masjid dibatasi oleh tembok dengan satu pintu masuk di depan disebut Gapura.
7.                  Pelannya berbentuk segi empat.
8.                  Dibina di sebelah barat alun-alun.
9.                  Arah mihrab tidak tepat ke kiblat.
10.              Dibangun dari bahan yang mudah rosak
11.              Terdapat parit, di sekelilingnya atau di depan masjid.
12.              Bangunan awalnya dibangun tanpa serambi (intinya saja)

Ciri-ciri dan elemen pertama yang dapat dilihat pada banyak senibina Masjid di Indonesia adalah bentuk asas papak yang digunakan. Asas papak yang biasa digunakan berbentuk persegi dan biasa digunakan pada pelbagai jenis candi di Pulau Jawa. Pada beberapa Masjid yang masih ada di Pulau Jawa saki baki asas papak candi ditemui dengan mudah. Pada pelbagai bangunan yang juga memiliki fungsi sebagai Masjid seperti langgar, tajug dan bale, biasanya bangunan dibangun di atas tiang sebagaimana pola bangunan tradisional Indonesia yang lain.

Selain asas papak tembok bangunan juga merupakan salah satu elemen yang sangat penting dari masjid tradisional Indonesia. Hanya di kota-kota dimana tidak cukup tersedia ruang yang luas saja, aturan dasar pembinaan tembok ini diabaikan.  Tetapi pada masjid tipe Jawa yang murni, tempat ini mesti ada, yang memisahkan antara daerah suci dan daerah kotor. Pada bahagian hadapan dari tembok selalu ada gerbang yang betuknya bermacam-macam  Gerbang yang tidak beratap biasa kita sebut Gerbang Bentar sedangkan gerbang yang beratap biasa disebut Gapura (Bahasa Jawa) atau dalam Bahasa Sansekerta disebut Gopura.

Tembok yang mengelilingi sebuah masjid ini sebenarnya bukanlah ciri khas Muslim, tetapi merupakan salah satu betuk senibina peninggalan bangunan Candi desa yang disebut Pura Desa dan masih banyak ditemukan di Bali. Biasanya Pura Desa di Bali terdiri dari tiga halaman yang bertingkat- tingkat kesuciannya dan tiap halamannya dikelilingi oleh tembok. Pembahagian daerah suci ini terlihat pada beberapa bangunan pemakaman yang dibuat berdekatan dengan bangunan Masjid seperti makam suci Sunan Ampel (Ampel Rahmat) di Surabaya, makam sunan Giri di Gresik, makam suci Tembayat atau Bayat di Klaten atau makam suci keluarga Raja Demak yang terdapat di sekeliling Masjid Demak. Makam yang lebih kecil pun sekurang-kurangnya terdiri dari dua halaman iaitu halaman Masjid yang dikelilingi tembok dan di belakangnya terdapat pintu gerbang baru untuk tempat makam suci sebagaimana yang terlihat di Jatianom Surakarta.


Gambar 2: Pemakaman yang ada di sekeliling Masjid Demak.

Sumber: Kajian Lapangan


Elemen yang juga sering dilihat pada pelbagai Masjid tradisional adalah serambi di bahagian belakang atau sisi masjid.  Elemen ini merupakan elemen yang khas dan menjadi ciri khusus dari banyak masjid di Indonesia. Jika kita bandingkan dengan masjid yang terdapat di Arab, maka kita tidak akan menemukan elemen ini. Hal ini kemungkinan besar disebabkan perbezaan iklim dan keadaan budaya diantara keduanya. Sebenarnya jika kita amati pelbagai serambi yang terdapat pada banyak masjid Nusantara, kita akan mendapati suatu kenyataan bahawa elemen ini ditambahkan setelah masjid tersebut siap. Hal ini terbukti dari perbezaan atap dengan masjid utamanya, dari sini dapat kita lihat suatu usaha adaptasi terhadap keperluan masyarakat Jawa ketika itu.



Gambar 3: Contoh serambi yang terdapat pada Masjid Demak

Sumber: Kajian Lapangan


Hal lain yang juga diduga asing pada tipologi Masjid Tradisional Indonesia adalah tambahan berbentuk persegi kecil atau melengkung di bahagian Barat atau Barat Laut yang dalam Bahasa arab disebut Mihrab. Jika dilihat dari dalam masjid mihrab berbentuk sebuah rongga pada dinding masjid. Fungsi masjid ini pada masjid-masjid di negara Islam berfungsi sebagai  penunjuk arah kiblat dan tempat imam. Pada beberapa masjid di Jawa terdapat lebih dari satu rongga. Rongga yang pertama dipakai untuk mihrab dalam Bahasa Jawa disebut Pangimaman (Bahasa Sunda: Paimaman) yang bererti tempat imam, sedangkan rongga yang kedua dalam bahasa Jawa disebut Pangimbaran (Bahasa Sunda Paimbaran, ertinya tempat Mimbar) di  beberapa masjid ,bahkan terdapat tiga buah rongga yang berdekatan untuk pelbagai fungsi yang berbeza.

Elemen lain yang juga terlihat pada bangunan masjid di Indonesia adalah menara. Pada banyak kes pembangunan sebuah masjid, pembangunan sebuah menara sepertinya lebih merupakan suatu upaya untuk mempercantik saja ketimbang fungsional. Hal ini terlihat bahawa walaupun banyak masjid memiliki menara namun orang tetap pada kebiasaan lama yakni mengumandangkan adzan dari gapura masjid atau dari salah satu atap masjid. Menara hanya digunakan pada satu atau dua kali azan dari lima kali solat.

Menara masjid yang dianggap tertua di Indonesia adalah Menara Kudus. Bentuk bangunan dan gaya senibinanya adalah asli Hindu-Jawa. Berdasarkan penelitian Brumund dan Krom bangunan ini berasal dari abad ke-16. Namun yang para ahli sejarah banyak mempertanyakan tentang fungsi sebenarnya dari menara ini. Apakah menara ini memang betul-betul dirancang dan dibina sebagai menara masjid? Sekurang-kurangnya ada dua pernyataan yang menentang pendapat yang menyatakan bahawa Menara Kudus memang direka dan dibina untuk masjid. Yang pertama adalah kenyataan bahawa menara yang dibina dengan sedemikian indah pada abad ke-16 namun tidak ada yang meniru dan menjadikannya sebagai model menara masjid tradisional kemudian. Semua menara tua yang dibangun memakai bentuk senibina asing dan tidak dalam bentuk nasional iaitu Hindu-Jawa. Yang kedua kerana di menara Kudus ditemukan sebuah beduk besar. Beduk merupakan hasil kebudayaan Hindu kuno. Pada awalnya ia tidak ada hubungan dengan Agama Islam. Namun kemudian diadaptasi oleh Islam sebagai tanda isyarat masuknya waktu solat. Kalau kita lihat pada masjid tradisional lainnya di Indonesia, bedu tidak pernah diletakkan di menara, namun diletakkan di dalam atau di halaman masjid. Beduk juga kerapkali diletakkan di atas gapura. Dari sinilah kemudian para ahli sejarah menduga bahawa menara kudus sebenarnya bahagian dari sebuah bangunan Hindu yang ditukar fungsinya menjadi masjid[1].

Gambar 4: Menara Kudus yang berbentuk bangunan bangunan tradisional Hindu-Jawa

Sumber: Kajian Lapangan


Dari kenyataan diatas, maka kemungkinan menara masjid yang tertua berada di Banten, sebuah menara putih tidak ramping yang bersegi-segi berdiri di muka Masjid Kesultanan Banten. Bangunan ini kalau kita lihat dari jauh lebih menyerupai menara mercu suar Belanda. Menurut cerita yang beredar di masyarakat menara masjid ini dibina oleh seorang arkitek Belanda bernama Lucas Cardeel. Menara ini berasal dari zaman Valentijn sewaktu berkunjung ke Banten tahun 1694. Namun dalam buku beliau yang berjudul De Stad Banten (Kota Banten) tidak memperlihatkan adanya sebuah pun menara di depan Masjid Banten. Namun Wouter Schouten yang berada di sana sebelum Valentijn justru menyatakan bahawa ia melihat satu atau lebih menara di dekat Masjid Ternate, Makasar, Jepara dan Banten.[1]


Gambar 5: Masjid Banten dan Menaranya yang unik

Sumber: Masjid 2000


Elemen yang paling banyak mengundang perhatian dari para ahli sejarah pada bangunan Masjid tradisional di Indonesia adalah atap masjid. Sebagaimana dijelaskan sebelumnya bahawa terdapat banyak teori berkenaan dengan atap ini. Dari banyak teori-teori tersebut hampir semuanya merujuk kepada bentuk dan bangunan pada masa sebelum Islam.

Atap masjid tradisional Indonesia terdiri dari beberapa tingkat yang meruncing dan di puncaknya terdapat hiasan. Bentuk atap ini menyerupai atap bangunan meru di Bali yang terdiri dari lima sampai sepuluh tingkat atau lebih (dalam bahasa bali disebut Tumpang).  Kemungkinan besar atap yang tinggi ini terdapat juga di Jawa, namun demikian kerana dibuat dari bahan yang mudah rosak maka atap ini mudah rosak dan semakin pupus dari ingatan orang. Bukti dari kewujudan atap yang bertingkat lima ini dapat kita temui pada Masjid kesultanan Banten (sebelum abad ke-16) sebelum mengalami pengubahsuaian sebagaimana yang ada sekarang. Menurut Francois Valentijn yang mengunjungi Banten pada tahun 1694 ia mengatakan bahawa ia menjumpai Masjid Agung Banten memiliki atap yang bertingkat lima.[1]

Mengenai atap ini H. Aboebakar melalui bukunya Sejarah Masjid 1 (1955), ia mendeskripsikan atap masjid tradisional Indonesia sebagai sebuah atap bertingkat-tingkat yang dibuat dari daun rumbia atau ijuk. Atap ini biasanya ditopang oleh beberapa tiang kayu, empat tiang besar terletak di tengah-tengah ruangan untuk menopang sampai atap yang tertinggi. Pada bahagian puncak atap masjid biasanya terdapat sepotong kayu yang diberi ukiran. Pada beberapa masjid utama di tanah Jawa puncak masjid itu dibuat dari tanah liat bakar atau seng, bentuknya menyerupai nenas, dan diberi nama mustaka atau mastaka.

Setelah dilakukan pengamatan secara lebih melebar terhadap pelbagai jenis masjid di luar Jawa kita mendapati sebuah kenyataan bahawa atap masjid-masjid di Indonesia banyak dipengaruhi oleh bentuk-bentuk atap rumah tradisional setempat. Masjid kuno di Sumatera Barat seperti masjid Taluk mendapat pengaruh yang sangat besar dari bentuk senibina rumah tradisional Minangkabau. Hal yang sama juga terlihat pada Masjid Asasi Nagari Gunung di Padangpanjang yang beratapkan ijuk yang meruncing, bersusun tiga tingkat dengan teratur. Masjid Pontianak yang merupakan salah satu bangunan masjid yang paling kuno di kalimantan Barat menggunakan Konstruksi kayu, berdiri di atas tiang , dan terletak di pinggir sungai. Hal ini kemungkinan besar dipengaruhi keadaan kawasan dan oleh corak kehidupan masyarakat Kalimantan yang menjadikan Sungai sebagai sarana transportasi utamanya. Di Sulawesi, Masjid Tua Bungku merupakan salah satu masjid kuno yang tertua di Sulawesi. Atapnya tumpang lima dengan kombinasi bentuk kubah pada bahagian puncaknya. Diantara tiap-tiap tingkatan atap terdapat jendela kaca.
 

Gambar 6: Contoh Masjid Tradisional di Jawa: Masjid Agung Demak, Masjid Agung Banten, Masjid Cipta Rasa Cirebon, Masjid Agung Yogyakarta, Masjid Kasunyatan (Serang) dan Masjid Mantingan (Jepara).

Sumber: Masjid 2000

Gambar 7: Contoh Masjid Tradisional di luar Jawa: Masjid Limo Kaum dan Masjid Asasi Nagari di Padang, Masjid Agung Pondok Tinggi, Jambi, Masjid Jamik Bengkulu, Masjid Pontianak dan Masjid Bayan di Lombok.

Sumber: Kajian Lapangan dan Majelis Ulama Indonesia (1994), Masjid-Masjid Bersejarah di Indonesia, PT Potlot Nasional: Jakarta, hal 33, 48 dan 97.


Masjid hasil Akulturasi dengan Kebudayaan Asing yang berkembang di Indonesia.


Sebagaimana telah dijelaskan sebelumnya tentang masuknya Islam ke Indonesia, terdapat banyak pengaruh yang diterima oleh Arsitektur Islam di Indonesia dalam proses perkembangannya. Pengaruh tersebut diantaranya datang dari Cina, India dan Arab. Cina merupakan kebudayaan yang diduga paling pertama mempengaruhi perkembangan Arsitektur Islam di Indonesia. Pengaruh Cina terlihat pada perletakkan minaret di bagian tengah-hadapan masjid  Taluk dan Rao-Rao di Sumatera Barat yang sejajar dan satu sumbu dengan mihrab sebagaimana juga terlihat pada beberapa masjid tradisional Cina.[1]



Gambar 8: Menara Masjid Taluk dan Masjid Rao-Rao di Padang yang terletak di bagian tengah sejajar dengan sumbu mihrab

Sumber: Kajian Lapangan


Interaksi antara kaum Muslim dengan orang Cina sendiri di Indonesia cukup unik karena kadangkala terjadi permusuhan hingga peperangan namun kadangkala justru terjalin dengan sangat akrab. Dewasa ini banyak sekali ulama Islam di Indonesia justru datang dari bangsa Cina. Dari aspek arsitekturalnya sendiri terlihat suatu perpaduan antara masyarakat pribumi Indonesia dengan masyarakat Cina, sehingga bangunan masjid masyarakat Cina pun tidak terlihat menampilkan karakter Cina yang berlebihan.

Pada banyak masjid di Jakarta, serambi tidak banyak ditemui. Hal ini kemungkinan disebabkan kerana kuatnya pengaruh bangsa Arab di daerah Jakarta. Kenyataan ini juga ditemui pada beberapa kota dimana bangsa Arab banyak mendirikan Masjid. Mengenai hal ini, sebahagian ahli sejarah[1] berpendapat bahawa sebenarnya ketika orang-orang Arab tersebut membuat masjid mereka tidak meletakkan serambi sebagai bahagian dari masjid, namun kemudian ditambahkan serambi kerana wujud keperluan sosial terhadapnya, namun kemudian serambi tersebut dimasukkan ke dalam masjid ketika terjadi pembesaran masjid .




Gambar 9: Beberapa masjid tradisional di Jakarta yang pada konsep asalnya tidak mempunyai serambi: Masjid Marunda (kiri) dan Masjid Al-Alam Cilincing (kanan).

Sumber: Kajian Lapangan


Setelah pengaruh Belanda dan Portugis mulai berkurang di Indonesia, tampak telah muncul pengaruh Arab. Selama abad ke-19, ketika jumlah imigran Arab terus meningkat ke Indonesia, di ibukota Jakarta pada daerah yang dihuni oleh bangsa Arab beberapa masjidnya mengikuti bentuk yang ada di negaranya, iaitu Hadramaut di bahagian Selatan Saudi Arabia. Menara Hadramaut, biasanya berbentuk bulat, tetapi kadang-kadang juga persegi, makin ke atas makin kecil, dan puncaknya tumpul. Pada umumnya menara ini dicat putih. Batang tubuhnya halus (licin) tanpa perhiasan. Bentuk menara ini dapat ditemukan pada masjid di Al Mansyur di Jakarta Barat (dahulu merupakan kampung Arab) dan di Surabaya pada Masjid Ampel yang bertanggalkan tahun 1862.



Gambar 10: Masjid Al Mansyur di Jakarta Barat dan Masjid Ampel di Jawa Timur yang menggunakan menara dengan pengaruh Arab.

Sumber: Kajian Lapangan


Pengaruh India tidak terlalu dominan di Indonesia. Hanya pada beberapa masjid pengaruh ini terlihat, itupun diduga karena ditambahkan kemudian.[1] Contoh dari masjid dengan pengaruh seperti ini terlihat pada masjid Rao-Rao di Padang yang menggunakan ornamen yang mirip dengan beberapa ornamen pada masjid di India.



Gambar 11: Masjid Rao-Rao di Padang dengan ornamentasi yang memperlihatkan pengaruh dari India.

Sumber: Kajian Lapangan


Masjid Moghul-Kolonial di Indonesia

Masjid Moghul Kolonial di Indonesia merujuk pada masjid-masjid yang dibuat oleh pemerintah Belanda dalam upaya memberikan sebuah karakter Islam yang berbeda bagi masyarakat Tradisional. Sebagian besar masjid besar ini dibuat dalam upaya mengambil-alih peranan masjid tradisional yang banyak dikuasai oleh ulama yang menentang pemerintah Kolonial Belanda.

Berbeda dengan perancangan masjid Klasik Kolonial di Malaysia (Yang akan dibahas pada bab selanjutnya) yang menggunakan bahasa arsitektur klasik eropa, pemerintah Belanda di Indonesia cenderung menggunakan bahasa Arsitektur India Utara (Moghul) dalam perancangan masjidnya. Masjid-masjid dengan pendekatan ini banyak ditemukan di Aceh dan Sumatera Utara.

Ukuran dan skala dari masjid-masjid buatan pemerintah Kolonial Belanda ini biasanya jauh lebih besar dari masjid tradisional. Bahan yang digunakan pun sudah menggunakan batu dan beton yang dikombinasikan dengan kayu. Berbeda dengan masjid tradisional yang masih menggunakan kayu sebagai bahan utamanya sehingga masjid buatan pemerintah kolonial ini relatif lebih kuat dan tahan lama.

Selain memperkenalkan bahasa baru bagi arsitektur masjid di nusantara, masjid yang dibangun oleh pemerintah Kolonial Belanda juga memberikan elemen baru pada perancangan masjid di Nusantara yaitu kubah dan menara. Elemen ini kemudian menjadi sangat populer dan berkembang serta banyak digunakan pada bangunan masjid dewasa ini.

Contoh dari masjid dengan pendekatan ini dapat dilihat pada beberapa masjid yang dibangun oleh pemerintah Belanda di Aceh dan Sumatera Utara (Medan). Masjid Baiturrahaman misalnya, merupakan sebuah masjid yang dibangun kembali dari masjid tradisional aceh untuk mengambil-alih dan mengontrol fungsi dari berbagai masjid kampung yang merupakan tempat dimana para ulama yang anti Belanda menggalang kekuatan.


Gambar 12: Masjid dengan Pendekatan Moghul-Kolonial di Indonesia: Masjid Baitur-Rahman di Aceh dan Masjid Al Mashun di Medan

Sumber: Majelis Ulama Indonesia (1994), Masjid-Masjid Bersejarah di Indonesia, PT Potlot Nasional: Jakarta, hal 16 dan 24.


Masjid Modern-Ekspresionisme di Indonesia.

Gerakan Arsitektur Modern yang sangat populer pada awal dan pertengahan abad ke-20 memiliki pengaruh dan implikasi terhadap berbagai perancangan bangunan di berbagai negara termasuk Indonesia. Masjid dengan pendekatan modern yang pertama di Indonesia mungkin Masjid Istiqlal. Masjid dengan kapasitas lebih dari 75000 orang ini dirancang tanpa sebuah referensi ke Timur Tengah sebagaimana masjid pada umumnya.

Bahasa Arsitekturral yang terlihat pada masjid ini lebih menyerupai bahasa Arsitektural Brutalisme yang banyak berkembang di Eropa Timur atau Rusia. Semua bahan bangunannya dibuat secara fabrikasi, dalam jumlah banyak dan dirancang untuk menerima seminimal mungkin perawatan. Kubah yang digunakan sebagai penutup atapnya lebih merupakan sebuah simbol dan lebih bersifat fungsional. Pada masjid ini tidak ditemukan ornamen kaligrafi atau ukiran sebagaimana pada masjid pada umumnya. Ornamentasi yang ada berasal dari kisi-kisi udara yang berfungsi menyaring udara dan debu dari lingkungan sekitarnya.


Gambar 13: Ornamentasi yang juga berfungsi sebagai penyaring udara pada masjid Istiqlal

Sumber: Kajian Lapangan


Arsitek masjid ini F. Silaban merupakan seorang kristen yang dekat dengan Presiden Soekarno. Diduga Presiden Soekarno lah yang banyak menyumbangkan pemikirannya ke masjid ini. Bahasa Arsitektural Eropa Timur dan Rusia memnggambarkan kedekatan Indonesia dengan negara-negara Komunis ketika itu. Ekspresi bangunan yang netral menunjukkan pendirian pemerintah ketika itu terhadap kondisi umat beragama yang berkembang di Indonesia. Sebagaimana telah dibahas sebelumnya, usaha pemerintah untuk tetap netral terhadap kondisi hubungan antara umat beragama di Indonesia mempengaruhi pemilihan bahasa dan ekspresi dari masjid ini.


Gambar 14: Masjid Istiqlal yang menggunakan bahasa Arsitektur Modern

Sumber: Kajian Lapangan

Namun dalam perkembangannya, tidak banyak masjid dengan pendekatan ini yang dibangun setelahnya. Masjid yang kemudian banyak berkembang lebih merupakan masjid hasil revivalisme Timur Tengah yang terlihat dengan penggunaan elemennya seperti kubah, menara atau gerbang.

Barulah kemudian muncul kembali masjid yang menggunakan pendekatan ini namun dalam bentuk yang lebih ekstrim sebagaimana coba disampaikan oleh Ahmad Noe’man. Perancangan masjid modern yang dilakukan oleh Ahmad Noe’man menjadi sebuah fenomena dalam perancangan masjid di Indonesia karena menunjukkan sebuah bahasa arsitektural yang berbeda jika dibandingkan denganberbagai gaya-rupa yang berkembang dalam perancangan masjid.

Dalam berbagai pendapatnya Ahmad Noe’man berusaha mendefinisikan masjid dari sumber asalnya yaitu Al-Qur’an dan hadith untuk kemudian diinterpretasikan dalam berbagai bahasa Arsitektural. Beliau mempertanyakan penggunaan bahasa Arsitektur Timur Tengah yang memberikan sebuah pemahaman bahwa masjid haruslah berkubah atau bermenara sebagaimana bangunan arsitektur yang ada di Timur Tengah.

Melalui perancangan Masjid Salman ITB dan beberapa masjid hasil rancangan beliau yang lain seperti Masjid Agung Pati (1975-76), Masjid Al Muhajirin, Karang Layung, Bandung (1988), Masjid Salman ITB (1964-65), Masjid An Nur Jatiluhur Purwakarta (1971-72), Masjid IKIP, Malang (1975-76), Masjid Pupuk Kujang, Cikampek (1980-81) dsb, beliau memberikan sebuah bahasa arsitektural dan penggunaan bahan yang berbeda dengan kebanyakan masjid yang dibangun di Indonesia ketika itu.

Gambar 15: Beberapa contoh Masjid karya Ahmad Noe’man, Atas: Masjid Agung Pati (1975-76), Masjid Al Muhajirin, Karang Layung, Bandung (1988), Masjid Salman ITB (1964-65), Bawah: Masjid An Nur Jatiluhur Purwakarta (1971-72), Masjid IKIP, Malang (1975-76), Masjid Pupuk Kujang, Cikampek (1980-81).

Sumber: Dhani Mutiari, Arkib Pusat Studi Arsitektur Islam, Universitas Muhammadiyah Surakarta, Indonesia


Atap masjid tidak semestinya kubah atau atap meru 3 tingkat sebagaimana atap masjid yang biasa dibangun, namun ia dapat dibuat mendatar atau melengkung sesuai dengan ketersediaan bahan yang ada di lapangan. Dinding bangunan pun tidak semestinya masif dengan gerbang melengkung sebagaimana dinding bangunan dan masjid Timur Tengah, namun juga dapat dibuat dari kayu, berkekisi atau berpintu dan jendela sebagaimana bangunan yang biasa dibangun di Indonesia. Demikian juga bagian dalam atau interior bangunan, tidak harus dihiasi dengan ornamentasi atau kaligrafi Timur Tengah sebagaimana masjid yang banyak dipahami orang saat ini, sebagaimana terlihat pada gambar berikut:

Gambar 16: Beberapa contoh interior Masjid karya Ahmad Noe’man, Atas: Masjid An Nur Jatiluhur Purwakarta (1971-72), Masjid IKIP, Malang (1975-76), Masjid Muhammadiyah Garut (1960-61), Bawah: Masjid Puspitek Serpong (1983-84), Masjid Pupuk Kujang, Cikampek (1980-81), Masjid Salman ITB (1964-65).

Sumber: Dhani Mutiari, Arkib Pusat Studi Arsitektur Islam, Universitas Muhammadiyah Surakarta, Indonesia


Beliau juga berusaha memberikan penafsiran terhadap beberapa ayat Al-Qur’an dan Sunnah untuk kemudian dijadikan garis panduan dan kerangka filosofis dari perancangan masjid di masa depan sebagaimana terlihat pada tabel berikut ini:


Gambar 17: Gambar tabel unsur filosofis dan penerapan Arsitektur Islami

Sumber: Noe’man, Ahmad. 1993. Aplikasi Konsep Islam dalam Bangunan Islami serta Contoh Karya Nyata. Makalah Seminar Sehari Arsitektur Islam dan Tropis, UMS, Surakarta.


Selain masjid modern sebagaimana yang telah disebutkan sebelumnya, terdapat juga masjid yang berusaha mengeksploitasi dan mengoptimalkan sistem struktur bangunannya. Struktur masjid yang telah dieksploitasi ini kemudian diperlihatkan secara untuk membentuk karakter dari masjid tersebut.


Gambar 18: Beberapa masjid dengan pendekatan Strukturalisme: Masjid Al-Muqarabin di Jatiwaringin dan Masjid Jami’ Al-Sofwa di Lenteng Agung, Jakarta Selatan

Sumber: Kajian Lapangan


Masjid Modern Vernakular di Indonesia

Masjid Modern Vernakular merujuk pada masjid modern yang dibangun dengan kemampuan dan teknologi lokal di Indonesia. Masjid ini merupakan masjid yang paling banyak ditemukan di Indoenesia. Ia lahir dari semangat membangun masjid dari suatu masyarakat yang biasa dilakukan dengan gotong-royong antar anggota masyarakat. Karena keterbatasan dana masjid jenis ini di Indonesia biasanya dibangun secara bertahap dan tidak menggunakan jasa arsitek atau ahli bangunan.

Bahasa arsitektural yang digunakan juga biasanya bercampur-aduk bergantung pada tingkat pendidikan dan pemahaman dari masyarakat daerah tersebut terhadap Islam yang ideal. Pada banyak kasus masjid jenis ini tidak hanya berfungsi sebagai masjid namun dipadukan dengan sekolah, majelis taklim, warung atau toko buku, hal ini dlakukan dalam upaya pembiayaan dan pemeliharaan masjid dan pengembangan potensi ekonomi masyarakat.


Gambar 19: Contoh beberapa masjid Modern-Vernakular di Indonesia yang memiliki berbagai fungsi: Masjid Darul Islam di Bekasi, Masjid Nurul Iman di Pondok Melati dan Masjid Nurul Ihsan di Pondok Gede, Bekasi.

Sumber: Kajian Lapangan


Secara prinsip, masjid jenis ini sangat hidup dari segi aktivitas dan kegiatannya. Hal ini terjadi karena rasa memiliki yang besar dari masyarakat di sekitar masjid. Pada beberapa kasus masjid jenis ini dikelola oleh sekelompok masyarakat tertentu sehingga dirancang menurut persepsi dan pemahaman ke-Islaman dari kelompok masyarakat tersebut.

Masjid Revivalisme Post-Modern di Indonesia

Setelah selesainya masa arsitektur di dunia terjadi sebuah usaha untuk mengembalikan makna yang telah hilang dari berbagai Arsitektur di masa lampau yang banyak diabaikan oleh derasnya arus Arsitektur Modern. Usaha pengembalian makna ini dalam gerakan Arsitektur dikenal dengan Gerakan Arsitektur Post-Modern. Gerakan Post-Modern ini juga memiliki implikasi dan pengaruhnya di Indonesia. Walaupun lebih merupakan duplikasi bentuk karena tidak banyak diskusi tentang Arsitektur Post-Modern di Indonesia, pendekatan perancangan ini berkembang dengan pesat dan meluas.

Setidaknya terdapat dua jenis revivalisme post-modern perancangan masjid yang terjadi di Indonesia. Yang pertama lebih merupakan revivalisme Timur Tengah yang dibangun dengan menggunakan material dan teknologi modern dan Post-Modern masjid tradisional Indonesia yang berusaha membangkitkan gaya-rupa Arsitektur Tradisional, namun dengan menggunakan material dan keupayaan modern.

Contoh dari masjid gaya rupa Post-Modern dengan pendekatan Revivalisme Timur Tengah adalah masjid Al-Akbar Surabaya, Masjid Meruyung di Depok, Masjid At-Tin di Jakarta Timur dan Masjid Al-Azhar di Bekasi. Pada masjid-masjid raksasa ini bahasa arsitektural Timur Tengah digunakan sebagai interpretasi dan pemahaman sang arsitek tentang Arsitektur Islam. Masjid seperti ini banyak mendapatkan kritik terutama dari aspek kesesuaian iklim dan masalah perawatannya. Masjid ini juga biasanya membawa pesan politik dari patronnya yang biasanya berupa pemerintah daerah atau pejabat tinggi negara.


Gambar 20: Beberapa contoh masjid dengan Revivalisme Timur Tengah di Indonesia (dari kiri ke kanan), Atas: Masjid Al Akbar Surabaya dan Masjid Meruyung, Depok. Bawah: Masjid At-Tin di Jakarta Timur dan Masjid Al-Azhar, Bekasi.

Sumber: Kajian Lapangan


Sementara masjid dengan revivalisme tradisional biasanya berukuran lebih kecil dengan halaman yang luas dan perancangan ruang yang lebih intim. Masjid dengan pendekatan ini seringkali dikenal juga sebagai Neo Vernakular. Masjid lingkungan seperti masjid Ukhuwah Islamiah (Universitas Indonesia, Depok), Masjid Said Naum dan Masjid Istiqomah, Jakarta merupakan beberapa contoh dari masjid dengan pendekatan ini. Karena bahasa arsitekturalnya lokal, maka arsitek masjid ini seringkali mendapatkan banyak pujian atas kesesuaian dan masalah perawatannya. Walaupun patronnya beragam, namun masjid jenis ini terbukti lebih dekat dengan qariahnya jika dibandingkan masjid yang pertama.



Gambar 21: Beberapa Masjid Revivalisme Tradisional: Masjid Ukhuwah Islamiah Universitas Indonesia di Depok, Masjid Said Naum di Jakarta dan Masjid Istiqomah di Bekasi

Sumber: Kajian Lapangan


Masjid Universitas Indonesia sebenarnya merupakan masjid dengan pendekatan desain Arsitektur Modern. Namun karena ekspresi arsitekturalnya merupakan sebuah revivalisme dari gaya arsitektur tradisional (kombinasi antara Masjid Banten dengan Demak) maka masjid ini dimasukkan dalam klasifikasi ini. Perancangannya berusaha mendefinisikan kembali fungsi dan peranan struktur arsitektur tradisional ke dalam bahasa modern dengan menggunakan teknologi modern. Empat tiang sokoguru digantikan dengan arch yang diperkuat dengan struktur baja. Ornamentasi dan elemen-elemen pembentuk ruangnya pun terlihat lebih modern dan kaya jika dibandingkan dengan bahasa arsitektur tradisional, sebagaimana terlihat dari bagian dalamnya berikut:



Gambar 22: Eksterior Masjid Universiti Indonesia, merupakan suatu bentuk perpaduan antara prinsip Islam dan nilai dan budaya setempat.



Gambar 23: Interior Masjid Universiti Indonesia memadukan antara prinsip-prinsip struktur tradisional dengan elemen moden.

Sumber: Kajian Lapangan
  
Masjid Said Na’um yang ada di Jakarta juga menggunakan elemen dan bentuk yang sama. Ia berbicara tentang dua bahasa arsitektur sebagaimana yang ada pada Masjid Universiti Indonesia secara lantang dan jelas. Beberapa inovasi yang dilakukan pada perancangan Masjid ini dalam usaha mengoptimalkan pencahayaan dan pengudaraan menunjukkan adaptasi dari masjid ini terhadap iklim dan keadaan tapak. 


Gambar 24: Bukaan di atap Masjid Said Na’um memberikan pencahayaan yang baik bagi keadaan dalaman  bangunan

Sumber: Kajian Lapangan & Holod. Renata & Hasan Uddin Khan (1997). The Mosque and the Modern World. Hlmn 144-147.


Penggunaan elemen-elemen tradisional Betawi yang dikembangkan menggunakan bahasa Arsitektur Modern, menunjukkan proses transformasi dan pengadaptasian dalam membahasakan apa yang difahami sebagai Arsitektur Islam. Sebagaimana Masjid Universiti Indonesia, struktur yang digunakan masjid ini adalah struktur tradisional yang dibahasakan dengan bahasa Arsitektur Modern.


Gambar 25: Ornamentasi dan elemen Masjid Said Na’um menggunakan bahasa Arsitektur Betawi yang merupakan bahasa arsitektur  setempat.

Sumber: Holod. Renata & Hasan Uddin Khan (1997). The Mosque and the Modern World. Hlmn 144.



Gambar 26: Sketsa penjelasan struktur dari masjid yang memadukan bahasa arsitektur tradisional dengan bahasa arsitektur modern dan perancangan lansdkap yang baik, memungkinkan banyaknya aktiviti sebagai pusat pengembangan masyarakat.

Sumber: Wawancara dengan Adhi Moersid (arsitek Masjid Said Na’um) dan Holod. Renata & Hasan Uddin Khan (1997). The Mosque and the Modern World. Hlmn 144.

Masjid Mekanistik Kekuasaan di Indonesia


Masjid yang paling unik baik dari segi pendekatan dan gaya rupanya di Indonesia mungkin adalah masjid Amal Bakti Muslim Pancasila. Masjid jenis ini merupakan masjid yang dibuat oleh Yayasan Amal Bakti Muslim Pancasila, sebuah yayasan amal dibawah pimpinan presiden Soeharto yang berusaha membangun sebuah masjid yang sesuai dengan kondisi masyarakat Indonesia. Karena berada dibawah komando Presiden Soeharto pendekatan yang digunakan menjadi sangat politis. Masjid ini berusaha memberikan definisi baru tentang Islam yang dekat dengan pancasila (dasar negara Indonesia) dengan memberikan simbol-simbol pancasila ke dalam masjid seperti pada bentuk denah dan ornamentasinya.

Masjid ini mengambil tipologi Masjid Demak yang dianggap sebagai masjid tertua dan paling berpengaruh di Indonesia. Sistem perancangan dan bentuk masjid demak lalu dijadikan tipologi dari pola dasar dari Masjid ini. Dari pola perancangan inilah kemudian dibuat tipe-tipe masjid menurut ukuran dan spesifikasinya. Sebagai sebuah pola masjid jenis ini lalu dicetak sesuai ukuran yang dikehendaki untuk kemudian didirikan di berbagai tempat tanpa memperdulikan lahan dan lingkungannya. 




Gambar 27: Beberapa contoh Masjid Muslim Pancasila di Jakarta: Masjid Al Muhajirin, Kali Malang, Masjid As-Syuhada Jatiwaringin dan Masjid Universitas Pancasila.

Sumber: Kajian Lapangan



Sebagaimana yang dibuat oleh peradaban Romawi dahulu, pendekatan perancangan masjid ini lebih berupa pendekatan mekanistik tanpa memperhitungkan kawasan dan konteks dimana bangunan tersebut berdiri. Banyak kritik yang disampaikan oleh para arsitek berkenaan dengan bahasa Arsitektural dan pendekatan kekuasaannya. Masjid ini lebih dianggap sebagai simbol daripada bangunan yang fungsional. Dari hasil pengamatan penulis banyak juga dari masjid ini yang kemudian berkembang karena aktivitas masyarakatnya. Bentuk dan ekspresi bangunan tidak dianggap sebagai suatu hal yang penting bagi masyarakat, namun ia hanya dilihat sebagai wadah bagi berbagai aktivitas ke-Islaman di masyarakat.

Kritikan terhadap masjid dengan pendekatan ini banyak dilakukan oleh para akademisi yang melihat potensi konflik dan akibat negatif dari pendekatannya. Diantara kritikan yang disampaikan oleh para akademisi adalah apa yang disampaikan oleh Mohammad Ischak[1] berikut ini:

”Pasti ada ting-teng konseptornya. Pasti ada arsitek dan kontraktornya. Ada kajian mengapa dia ambil masjid Demak sebagai dasar bentuknya, serba gelap ya? Tapi itu yang menjadikannya menarik. Saya jadi bisa bercerita. Saya tidak pernah menghujat, tetapi jadi menarik dan saya bisa membandingkan kalau membangun masjid berangkat dari kebutuhan, dimana-mana yang bertanggung-jawab memakmurkan masjid kan qariahnya. Tapi sekarang bagus sih kan diatur dari atas tapi kalau ini nggak dibetulin jadi lebih banyak muatan politisnya, makanya karakternya itu pasti nggak jauh dari jalan, jadi orang bisa melihatnya. Nggak mungkin di tengah-tengah perkampungan. Perhatikan deh sangat strategis lokasinya, karena itu bagian dari politik bahwa itulah Pak Harto telah memberikan perhatian yang sedemikian besar pada umat Islam, kan ada pesan politis. Pokoknya strategis, walaupun di deketnya udah ada masjid atau orang Islamnya nggak banyak kan tetep dibangun. Jadi ada konsep yang melatar-belakangi pendirian masjid salah satunya politik. Jadi saya bisa ngomong dari fenomena ini. Kalau di Malaysia mungkin seperti masjid Putrajaya?”[2]

Disamping itu pendekatannya yang berakar dari kekuasaan memberikan sebuah pengaruh kurang baik dan memporak-porandakan sistem sosial masyarakat yang sudah ada sebagaimana dijelaskan oleh Kemas Ridwan[3] berikut ini:

“Iya, karena Masjid Muslim Pancasila ini kan bentuknya sama. Diterapkan di berbagai daerah cuman ukurannya aja yang beda, ada yang tipe kecil, menengah dan besar, tergantung sitenya. Jadi lokasinya mau di pegunungan atau di tengah pasar bentuknya tetap sama jadi tidak memperhatikan bentuk sitenya. Jadi itu kan yang lucunya, dia dibuat secara mass production dan ditempatkan di berbagai tempat, jadi seolah-olah seperti diproduksi massal, kita pesen, dirakit terus jadi. Jika ada yang punya waqaf tanah tinggal pesen, kirim surat ke yayasan tersebut, nanti yayasan tersebut yang akan mengirimkan tukang bangunan, material, gambar kerja dsb. Jadi seperti beli pesanan aja, padahal masjid kan memiliki nilai-nilai seperti nilai ritual yang beda dengan pasar atau bangunan lain. Kadangkala nilai spiritual tersebut lahir dari aksi yang terjadi di dalam masjid tersebut. Bukan diproduksi massal seperti itu. Bahkan masjid baru muncul kesan bahwa kita merasa comfort di dalamnya setelah beberapa lama baru kita dapat merasakan dan itu lain-lain. Tapi ada pendapat juga yang mengatakan bahwa sebenarnya masjid tidak sakral, karena kalau sakral itu akhirnya seperti kuburan yang dibangun. Masjid seharusnya memiliki spirit yang lahir dari kegiatan beribadah yang terjadi di dalamnya. Jadi pertanyaan besar saya dalam paper ini adalah apakah Masjid Amal bakti Muslim Pancasila ini dapat menjadi model ideal dari masjid-masjid masa depan di Indonesia. Jadi saya mempertanyakan apakah sistem seperti ini dapat sustain atau tidak? Kalau sustain berarti ia adalah sistem yang ideal, ternyata dengan bergantinya penguasa, sistem ini stop. Ini berarti dia tidak sustain, tergantung pada siapa yang membangunnya, tergantung pihak mana yang mengadakannya. Jadi ia semacam monumen-monumen yang merepresentasikan suatu otoritas tertentu, jadi kesannya ekslusif sekali dan diresmikan oleh presiden Soeharto.”[4]

Namun lebih jauh beliau juga menemukan sebuah kenyataan menarik bahwa pada beberapa kasus masjid dengan pendekatan ini di beberapa tempat ternyata “hidup” dengan berbagai kegiatannya. Hal ini cenderung juga membuktikan bahwa aktivitas di dalam masjid ternyata tidak banyak dipengaruhi oleh bentuk luarnya, sebagaimana terlihat pada pendapat beliau berikut ini:

“Kritik saya metode ini menghilangkan nilai-nilai dan aspek-aspek spiritual dan ruang-ruang yang khas dari suatu masjid yang biasanya dapat kita rasakan ketika kita sedang sholat. Tapi dari kajian saya ada juga Masjid Amal Bakti yang kelihatannya hidup, jadi tidak terpengaruh dengan bentuknya atau apakah dibangun oleh penguasa. Ini karena kegiatan di dalamnya seperti kegiatan ibadah, TPA, kegiatan baca Qur’an bisa mereduksi hal-hal yang kurang tadi sehingga kesan spiritual bisa muncul juga walaupun bentuk kulit atau selaputnya tidak dibangun sebagaimana masjid yang unik yang dibangun sendiri-sendiri, jadi sepertinya ada hal-hal yang tidak tergantikan”.[5]


Kesimpulan

Dari berbagai pembahasan diatas terlihat bahawa terlihat berbagai teori berkenaan dengan akar bentuk bentuk dan elemen dari perkembangan berbagai masjid di Indonesia. Dapat dilihat bahwa terdapat banyak pendekatan perancangan masjid yang sangat dipengaruhi oleh kondisi setempat, teknologi dan patron dari perancangan masjid tersebut. Diperlukan sebuah pembahasan lebih jauh tentang pemahaman dan interpretasi terhadap Islam yang mempengaruhi perancangan berbagai masjid ini.